Simpanan Melalui Tabung Haji
Tarikh : 27 April 2010
Hari : Selasa
Tempat : Dewan Sekolah.
Pihak sekolah telah menjalankan skim simpanan melalui tabung haji. Murid sekolah digalakkan membuka akuan tabung haji dengan kadar simpanan permulaan sebanyak RM 10. Program ini dijalankan dengan kerjasama Tabung Haji Bagan Serai. Dua orang pegawai telah datang untuk menguruskan urusan tersebut. Ia mendapat sambutan dari ibu-bapa murid. Diharapkan amalan menyimpan dalam tabung haji akan terbina dalam diri murid..