1. Buat Seekor Ulat Buku – Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen ‘ulat buku’.
2. Rakan Membaca – Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca. Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman membaca.
3. Mendirikan Satu Program Membaca – Pelajar menguruskan masa untuk membaca, menentukan apa yang hendak dibaca, dan di mana bahan dapat diperolehi.
4. Memulakan Kelab Membaca Kamu Sendiri – Pelajar dalam satu kumpulan atau sebuah kelas menubuhkan kelab membaca dan merancang aktiviti-aktiviti yang tersendiri.
5. Diari Membaca Mingguan – Pelajar menyemak kemajuan membacanya minggu demi minggu baik dari segi kuantiti mahupun jenis bahan yang dibaca.
6. Ulasan Buku Mobail – Pelajar menggunakan daya kreatif mereka untuk memaparkan ulasan buku di bilik darjah.
7. Menghayati Puisi – Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sebuah puisi yang dibaca dengan menulis apa yang dirasai dan sebab mereka berasa begitu.
8. Baris Demi Baris- Pelajar meneliti perkaitan makna antara baris-baris puisi untuk memahami sebauah puisi dengan lebih baik.
9. Mengumpul Perkataan – Pelajar menggunakan bacaan mereka untuk mengumpul perkataan menurut ‘kumpulan’ supaya mereka dapat membuat rujukan dengan mudah.
10. Kisahkan Semula Sebuah Cerita – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis semula cerita dengan perkataan sendiri.
11. Melukis Model – Berpasangan, pelajar mengambil giliran membaca gambaran tentang suatu tempat atau suasana yang dikutip daripada sebuah buku cerita supaya masing-masing mendapat giliran melukis gambaran tersebut, dan membandingkannya kemudian.
12. Halaman Masalah – Dengan membayangkan dirinya sebagai watak utama dalam sebuah buku cerita, pelajar menulis tentang masalah yang dihadapinya dalam sepucuk surat kepada halaman masalah dalam majalah kegemarannya.
13. Kerangka Cerita – Memperkenalkan satu cara menganalisis sebuah karya fiksyen berdasarkan latar, watak, masalah dan penyelesaian.
14. Urutan Cerita – Pelajar menambah satu bahagian lagi di akhir sebuah cerita yang disukainya untuk menamatkan cerita itu seperti yang diingininya.
Read more...