Cara Memproses Keset Audio.
PITA KASET AUDIO
Definasi kaset :
Ialah bahan bekas bertutup dengan magnetik yang mengandungi rakaman suara
i. Helaian slip kerja
ii. Kad tempahan
iii. Kad katalog
iv. Tranparent tape / pita lutsinar (2” lebar)
1. Kaset yang diterima hendaklah disemak dengan cermat. Segala-galanya hendaklah menepati apa yang dipesan dahulunya, samada dari segi jumlah, judul dan nilai bahan itu. Keadaan fizikal bahan kaset juga hendaklah dipastikan supaya tiada ada yang rosak. Jikalau ada yang rosak, kita hendaklah serahkan kembali kepada pembekal
2. Jika semuanya betul, dari senarai pesanan asal atau salinan yang ada dalam simpanan; kaset – kaset tadi hendaklah diterima dan ditanda pada invois. Invois tadi hendaklah ditandatangani oleh mereka yang menerima atau menyemak pesanan tadi.
3. Satu bil hendaklah dihantar ke pejabat sekolah atau kepada pihak pengurusan sekolah untuk bayaran
4. Disamping itu, dapatkan semua kad pesanan dari fail “Dalam Pesanan” dan tuliskan haribulan diterima kaset tadi. Letakkan kad itu ke dalam buku Rekod Bahan Pandang Mengajar. Beritahu kepada sesiapa yang memerlukan, bahan itu telah diterima.
Langkah 2. Melekatkan Tanda Hakmilik
Langkah 3. Melabel
Sebagaimana melabel di piring hitam, kaedah melabel di kaset ini adalah sama sahaja. Nombor perolehan diletakkan di sebelah atas kiri pita seperti dalam rajah 1. Sementara nombor panggilannya disebelah atas kanan pita tadi.
Perlu diingatkan juga, jika terdapat kaset yang dihasilkan sendiri, jangan lupa diletakkan label mengenai judul, nama penyampai dan tarikh rakaman itu dibuat seperti dalam rajah 2.
Kemudian gunakan tranparent tape (pita lutsinar) dan lekatkan di setiap label bagi penahan label itu dari terkoyak.
0 ulasan:
Post a Comment