Related Posts with Thumbnails

Monday, August 2, 2010

Program Perjumpaan Dengan Penjaga


Sekolah telah mengadakan program penjaga menanda tangani buku rekod kemajuan. Ia bertujuan untuk perbincangan tentang mutu pelajaran. Sememangnya ia memberikan kesan kepada semua. Ia merupakan program tahunan. 

Read more...

Wednesday, May 19, 2010

Gotong-royong Perdana.



Perkara : Gotong-royong Perdana
Tarikh  : 15 Mei 2010
Jam     : 8.00 pagi

Lokasi gotong-royong :
1. Kumpulan 1 : menebang pokok sekitar tepi padang.
2. Kumpulan 2 : pembersihan kawasan hadapan sekolah.
3. Kumpulan 3 : Bilik guru.

Majlis gotong-royong perdana telah dijalankan dengan jayanya. Kawasan yang dibahagikan mengikut kumpulan telah dibersihkan dengan begitu sempurna. Moga ia dapat memberikan manfaat kepada staff SKGS.  Pihak PSS telah menghadiahkan kek untuk jamuan staff di waktu rehat. Kepada semua saya mewakili PSS SKGS mengucapkan berbanyak terima kasih.

Read more...

Wednesday, April 28, 2010

Panduan Program Movie Maker.

Pada keluaran kali ini, PSS SKGS ingin berkongsi ilmu dengan semua. Disini disertakan vedio panduan membuat video-clip mudah. Diharapkan kita beroleh manfaat dari apa yang disiarkan. Selamat mencuba.



Read more...

Tuesday, April 27, 2010

Simpanan Melalui Tabung Haji


Tarikh : 27 April 2010

Hari : Selasa

Tempat : Dewan Sekolah.


Pihak sekolah telah menjalankan skim simpanan melalui tabung haji. Murid sekolah digalakkan membuka akuan tabung haji dengan kadar simpanan permulaan sebanyak RM 10. Program ini dijalankan dengan  kerjasama Tabung Haji Bagan Serai. Dua orang pegawai telah datang untuk menguruskan urusan tersebut. Ia mendapat sambutan dari ibu-bapa murid. Diharapkan amalan menyimpan dalam tabung haji akan terbina dalam diri murid..



Ibu-bapa dan murid yang sedang berurusan dengan Tabung Haji.




Read more...

Monday, April 26, 2010

Bakat Kecil



Bakat kecil membaca sajak dihari penyampaian anugerah nilam 2009.

Read more...

AKTIVITI-AKTIVITI GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH (DI BAWAH PROGRAM NILAM)





  1.      Buat Seekor Ulat Buku – Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen ‘ulat buku’.
2.                  Rakan Membaca – Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca. Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman membaca.
3.                  Mendirikan Satu Program Membaca – Pelajar menguruskan masa untuk membaca, menentukan apa yang hendak dibaca, dan di mana bahan dapat diperolehi.
4.                  Memulakan Kelab Membaca Kamu Sendiri – Pelajar dalam satu kumpulan atau sebuah kelas menubuhkan kelab membaca dan merancang aktiviti-aktiviti yang tersendiri.
5.                  Diari Membaca Mingguan – Pelajar menyemak kemajuan membacanya minggu demi minggu baik dari segi kuantiti mahupun jenis bahan yang dibaca.
6.                  Ulasan Buku Mobail – Pelajar menggunakan daya kreatif mereka untuk memaparkan ulasan buku di bilik darjah.
7.                  Menghayati Puisi – Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sebuah puisi yang dibaca dengan menulis apa yang dirasai dan sebab mereka berasa begitu.
8.                  Baris Demi Baris- Pelajar meneliti perkaitan makna antara baris-baris puisi untuk memahami sebauah puisi dengan lebih baik.
9.                  Mengumpul Perkataan – Pelajar menggunakan bacaan mereka untuk mengumpul perkataan menurut ‘kumpulan’ supaya mereka dapat membuat rujukan dengan mudah.
10.              Kisahkan Semula Sebuah Cerita – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis semula cerita dengan perkataan sendiri.
11.              Melukis Model – Berpasangan, pelajar mengambil giliran membaca gambaran tentang suatu tempat atau suasana yang dikutip daripada sebuah buku cerita supaya masing-masing mendapat giliran melukis gambaran tersebut, dan membandingkannya kemudian.
12.              Halaman Masalah – Dengan membayangkan dirinya sebagai watak utama dalam sebuah buku cerita, pelajar menulis tentang masalah yang dihadapinya dalam sepucuk surat kepada halaman masalah dalam majalah kegemarannya.
13.              Kerangka Cerita – Memperkenalkan satu cara menganalisis sebuah karya fiksyen berdasarkan latar, watak, masalah dan penyelesaian.
14.              Urutan Cerita – Pelajar menambah satu bahagian lagi di akhir sebuah cerita yang disukainya untuk menamatkan cerita itu seperti yang diingininya.

Read more...

Saturday, April 24, 2010

Astro TVIQ cetus inspirasi kanak-kanak mesra alam

Astro kini mempunyai rancangan untuk pendidikan.Untuk membaca berita lanjut

Read more...

Contoh Jadual GPM

Contoh Jadual GPM

Sekadar Buat Renungan

Sekadar Buat Renungan

AMARAN KERAS

AMARAN KERAS

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP