Create your own banner at mybannermaker.com!
Related Posts with Thumbnails

Friday, April 23, 2010

KERATAN AKHBAR


1          Maksud Keratan Akhbar

Bahagian yang dipotong daripada sesuatu halaman surat khabar. Biasanya bahagian yang dipotong itu mengandungi berita, data, siaran tertentu, majalah dan sebagainya. Keratan-keratan ini biasanya dikumpul dan difailkan.

      2          Tujuan

a.                   meningkatkan kemahiran-kemahiran mengimbas,    
            menyusun,    menilai di kalangan murid.
                                    b.         menggalakkan murid bekerja secara kelompok.
                  c.         mengumpulkan maklumat tambahan daripada berita,   
                              majalah yang  tersiar di akhbar tentang tajuk-tajuk yang  
                              berkaitan dengan kandungan mata pelajaran.
d.         meluaskan koleksi pusat sumber sekolah.




3          Menyediakan Keratan Akhbar

a.         Mengenal pasti tema.
Tema atau tajuk yang sesuai harus dikenal pasti sebelum aktiviti menyedaikan fail keratan akhbar dilaksanakan. Pemilihan tema atau tajuk harus mengambil kira keperluan murid dan juga guru terhadap maklumat-maklumat tambahan tentang tema atau tajuk tersebut.

b.         Mempertimbangkan cadangan semua pihak
Dalam proses memilih tema atau tajuk yang sesuai cadangan-cadangan guru dan murid mesti diambil kira dan dipertimbangkan. Guru-guru dan murid-murid lebih mengetahui tajuk apa yang sesuai berdasarkan keperluan yang timbul dalam pengajaran dan pembelajaran sehari-hari.

c.         Menentukan tema berkaitan dengan kurikulum.
Maksudnya maklumat dan data dalam fail-fail keratan akhbar dapat memperkayakan kandungan mata-mata pelajaran yang diajarkan di bilik darjah. Fail-fail keratan akhbar yang baik mungkin dapat menampung kekurangan-kekurangan yang terdapat dalam buku teks seperti meluaskan contoh-contoh untuk mengukuhkan pemahaman konsep dan menge,maskinikan maklumat dan data.

d.         Memberi tugas
Setelah tema atau tajuk ditentukan, tugas menyediakan fail-fail keratan akhbar berdasarkan tajuk-tajuk tertentu dapat diberikan kepada kumpulan-kumpulan murid yang berminat. Pelbagai insentif dan galakan dapat diberikan untuk menimbulkan minat murid-murid supaya mereka menyertai kegiatan. Murid-murid yang menerima tugas diberikan garis panduan yang jelas tentang bagaimana menyediakan fail keratan akhbar


e.         Mengimbas akhbar
Format sesuatu surat khabar dibincangkan dengan murid-murid untuk membantu mereka mengimbas surat khabar itu. Tajuk berita/majalah, penyendal, gambar, format ruangan sesebuah akhbar dapat membantu proses memgimabs untuk mengenal pasti tajuk yang berkaitan.

f.     Mengenal pasti tajuk yang berkaitan                                                                                                             Semasa mengimbas surat khabar murid-murid mengambil keputusan sama ada sesuatu tajuk berita, majalah atau siaran lain berkaitan dengan tema / tajuk uyang dipilih atau sebaliknya. Keputusan ini diambil berdasarkan garis panduan yang diberikan guru tentang tema / tajuk tersebut.

g.         Menandakan tajuk
Setelah diputuskan bahawa sesuatu tajuk berita / majalah atau siaran lain berkaitan dengan tema / tajuk yang dipilih maka berita, majalah atau siaran itu ditanda untuk dipotong dengan menuliskan nama akhbar dan tarikh keluarannya.
Contoh : Berita Harian 10 Februari 1991 atau BH  10.2.1991

h.         Memastikan bahawa bahan boleh dipotong
Setelah tanda eloklah dipastikan dahulu bahawa bahan itu “boleh” dipotong. Mungkin terjadi bahawa pemotongan bahan itu akan menjejaskan bahan lain yang ditanda oleh kumpulan lain yang tercetak di halaman sebelah.
Kalau ini berlaku mungkin salinan fotostat salah satu daripada bahan tersebut harus dibuat untuk mendapatkan keratan itu. 


h.       Memfailkan keratan

Keratan-keratan akhbar difailkan menurut susunan kronologi berdasarkan tarikh keluaran akhbar. Keratan-keratan itu dapat dilekatkan pada borang khas yang dicetak menggunakan kertas pendua biasa. ( Lihat rajah 1 ) Kepala borang mengandungi maklumat seperti berikut :

i.          Tajuk borang
ii.         Nama akhbar
iii.                  Tarikh
iv.                  Muka surat
v.         Perkara


Read more...

Contoh Jadual GPM

Contoh Jadual GPM

Sekadar Buat Renungan

Sekadar Buat Renungan

AMARAN KERAS

AMARAN KERAS

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP