Create your own banner at mybannermaker.com!
Related Posts with Thumbnails

Thursday, April 15, 2010

Cara Memproses Keset Audio.

PITA KASET AUDIO

Definasi kaset :

 Ialah bahan bekas bertutup dengan magnetik yang mengandungi rakaman suara

 Alat untuk memproses ;

i.                     Helaian slip kerja
ii.                   Kad tempahan
iii.                  Kad katalog
iv.                 Tranparent tape / pita lutsinar (2” lebar)

 Langkah 1 . Terima dan semak

1.         Kaset yang diterima hendaklah disemak dengan cermat. Segala-galanya hendaklah         menepati apa yang dipesan dahulunya, samada dari segi jumlah, judul dan nilai bahan  itu. Keadaan fizikal bahan kaset juga hendaklah dipastikan supaya tiada ada yang rosak.    Jikalau ada yang rosak, kita hendaklah serahkan kembali kepada pembekal

2.         Jika semuanya betul, dari senarai pesanan asal atau salinan yang ada dalam simpanan;   kaset – kaset tadi hendaklah diterima dan  ditanda pada invois. Invois tadi hendaklah             ditandatangani oleh mereka yang menerima atau menyemak pesanan tadi.

3.         Satu bil hendaklah dihantar ke pejabat sekolah atau kepada pihak pengurusan sekolah    untuk bayaran

4.         Disamping itu, dapatkan semua kad pesanan dari fail “Dalam Pesanan” dan tuliskan        haribulan diterima kaset tadi. Letakkan kad itu  ke dalam buku Rekod Bahan Pandang  Mengajar. Beritahu kepada  sesiapa yang memerlukan, bahan itu telah diterima.


Langkah 2. Melekatkan Tanda Hakmilik

 Sila letakkan tanda hak milik di mana tempat yang mudah dikesan seperti dalam rajah 1.

Langkah 3. Melabel


Sebagaimana melabel di piring hitam, kaedah melabel di kaset ini adalah sama sahaja.    Nombor perolehan diletakkan di sebelah atas kiri pita seperti dalam rajah 1. Sementara    nombor panggilannya disebelah atas kanan pita tadi.
Perlu diingatkan juga, jika terdapat kaset yang dihasilkan sendiri, jangan lupa diletakkan label mengenai judul, nama penyampai dan tarikh rakaman itu dibuat seperti dalam rajah  2.
Kemudian gunakan tranparent tape (pita lutsinar) dan lekatkan di setiap label bagi penahan label itu dari terkoyak.

Read more...

Contoh Jadual GPM

Contoh Jadual GPM

Sekadar Buat Renungan

Sekadar Buat Renungan

AMARAN KERAS

AMARAN KERAS

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP